Assalamualaikum, syabas kerana mewujudkan laman web fotografi berbahasa melayu.
Saya ingin menambah pengetahuan dalam bidang senifoto ini. diharap saudara
dapat membantu saya untuk menghasilkan gambar2 yang bermutu dan cantik.
Terlebih dahulu, tolong panggil saya zaihan. ada banyak soalan yg ingin
saya
ajukan.
1. Harga pasaran di Kuala Lumpur kamera Canon EOS 3 beserta lens
ultrasonic 28-135mm dan flash 420 EX Speedlight?
2. Kegunaan/ kesesuaian filter multicoating.
3. Bagaimana untuk menjadikan gambar potret menjadi lembut, adakah
dengan hanya menggunakan filter atau boleh dengan hanyamengadunkan
appature dan s.speed dan harga soft filter.
4. Ciri2 istimewa kamera Canon EOS 3.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan 1/3 stop, half stop dan full stop.
6. Tolong terangkan mengenai fungsi multiexposure dan Auto Exposure Bracketing
serta perbezaannya.
7. Bolehkah saya mengambil gambar sunset dan close-up bunga dengan
lens tersebut di atas dengan baik dan cantik.
8. Saya telah cuba mencari appeture 91 tapi tak jumpa, bagaimanakah
caranya kerana dalam catalog ada.
Memang banyak lagi soalan yang ingin saya ajukan tapi cukuplah setakat
ini dulu, saya harap saudara tidak menghampakan. jawapan saudara
sangat2 saya nantikan dan allah saja yang dapat membalasnya.
sekian wassalam.
Jawapan:
Terima kasih, Assalamualaikum.
1. Harganya dalam lingkungan RM1,300.
3. Gunakan soft filter. Atau gunakan apaerture besar (f4 contohnya).
Harganya dalam lingkungan RM30 ~ RM 50.
4. Secara peribadi, saya belum menggunakan kamera yang anda maksudkan. Justeru
saya hanya dapat memberikan gambaran bahawa ia tidak banyak beza dengan
lain-lain siri kerana menggunakan binaan berkonsepkan digital. Kamera
berkonsepkan digital memiliki kelemahan bila mana bateri telah lemah.
Ia langsung tidak boleh berfungsi. Seperti mana kamera Nikon yang saya
pernah guna. Cuma penggunaan autofokusnya memberikan kelebihan ketika
kita berada di suasana low light.
5. 1/3 fstop ialah letaknya antara satu fstop dengan fstop lain. Contoh;
antara f8 dengan f5.6. Full Stop ialah panggilan antara fstop
6. Multiexposere ialah mengambil foto dua atau lebih
dalam exposer yang sama. Maknanya jika foto pertama anda rakam pada
exposer 3 maka foto kedua berada dalam exposer yang yang sama. Auto
Exposer ialah, menggunakan program auto tidak menggunakan mood program
manual. Atau ada yang yang memanggil Aperture preoriti/ Shutter
Speed Preoriti.
7. Lens 28-135mm boleh untuk merakam foto dalam suasana itu. Jika untuk
Sunset saya cadangkan gunakan setakat 55mm sahaja. Namun kreativiti anda akan
menentukan mutu foto.
8. Aperture yang anda maksudkan selalunya terletak pada kamera digital program
(bukan kamera digital). Oleh itu ia akan wujud secara auto bila anda
menggunakan sudut zoom yang berbeda.